SSMH Patron: Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye

Tan Sri Datuk Seri Lee Lam ThyeBerasal dari Ipoh, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye menamatkan pendidikan menengah di Institut St. Michael, Ipoh di mana beliau memperolehi Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1962. Beliau memulakan kerjayanya di dalam bidang Kesatuan Sekerja sebelum menceburi arena politik. Beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Nanas di Kuala Lumpur pada tahun 1969.

Pada tahun 1974, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye telah dilantik sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuala Lumpur (kini Bukit Bintang) untuk empat penggal mulai tahun 1974 sehingga tahun 1990.

Beliau bersara daripada politik pada September 1990. 

Selepas persaraan, Tan Sri Lee meneruskan kerjayanya dalam bidang khidmat masyarakat dengan menyumbang secara aktif dalam arena sosial, berkhidmat sebagai penasihat dan perunding kepada pelbagai organisasi sosial termasuk sebagai:  

2000 – 2001      : Berkhidmat sebagai Ahli MAPEN II dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negara dalam MAPEN 

2000 – 2002: Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 

2004 – 2005      : Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia 

1996 – Feb’2008: Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 

2005 – Jun 2008: Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan           

Perlantikan dan Jawatan yang disandang oleh Tan Sri Lee Lam Thye adalah berikut :-  

  1. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Kementerian Sumber Manusia
  2. Naib Pengerusi dan Ahli Majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
  3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAYASAN 1 MALAYSIA
  4. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Kementerian Kesihatan Malaysia
  5. Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri g. Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan Malaysia
  7. Ahli Lembaga Pengarah Open University Malaysia
  8. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan S.P. Setia
  9. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare

Jawatan-jawatan yang disandang oleh Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye merupakan kesinambungan perkhidmatan beliau kepada masyarakat dan negara.  

 

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH TAN SRI DATUK SERI LEE LAM THYE 

1986  - Pemenang Anugerah Belia Cemerlang Malaysia dari Jaycees Malaysia 

1991  - Menerima Anugerah “Onn Ja’afar Lifetime Achievement” dari Malaysiana Muda di atas sumbangan beliau terhadap Perpaduan Negara  

1993   - Menerima Anugerah Johan Mangku Negara (JMN)  

1995   - Dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato’  

1996   - Menerima Anugerah Personaliti Pengguna 1995 di atas sumbangan terhadap isu-isu berkaitan pengguna 

1996   - Menerima Anugerah Rotary Paul Harris Fellowship di atas khidmat beliau kepada masyarakat 

1997   - Menerima Anugerah Guru Sree Narayana dari Persatuan Guru Dharma di atas sumbangan beliau terhadap Kemanusiaan 

2000   - Dianugerahkan Ijazah Kehormat Tertinggi Doktor Undang-Undang sempena Konvo Ke-29 Universiti Sains Malaysia  

2001   - Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia sebagai menghargai jasa beliau terhadap Yayasan 

2002  - Menerima Anugerah Melvin Jones Fellow daripada Lions International sebagai pengiktirafan khidmat beliau kepada masyarakat. 

2002  - Menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota ( PSM ) yang membawa gelaran ‘ Tan Sri ’ sempena Hari Keputeraan rasmi Yang diPertuan Agong 

2002  - Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan sempena Konvo Universiti Malaysia Sarawak Ke-6 

2002  - Pemenang Anugerah Langkawi 2002 

2003  - Dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’ 

2004  - Pemenang Anugerah Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan daripada  Persatuan Perubatan Malaysia 

2005   - Pemenang Anugerah Tokoh Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaaan 2005 daripada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia 

2006 - Menerima Anugerah  “SATHYA SAI LIFE HUMANITARIAN AWARD”  

2008 - Menerima Anugerah  “TOKOH PERPADUAN NEGARA 2008”  

2009 - Dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa    gelaran Datuk Seri

2009 - Menerima Anugerah ”Toastmasters International Communication and Leadership” daripada TI District 51 di atas dedikasi dan sumbangan beliau di dalam bidang pendidikan, pembangunan manusia, kesihatan, keselamatan, kemasyarakatan dan sosial. 

2010 -   Menerima Anugerah “PINEL Award” sebagai pengiktirafan khidmat beliau di dalam mempromosikan kesihatan mental. 

2010 - Dianugerahkan ”Jaksa Pendamai” oleh Sultan Selangor 

2011 -  Menerima Anugerah ”Senior Citizens Golden Years” 

2011 - Menerima Anugerah ”The BrandLaureate Brand Icon Leadership Award”. 

2012 - Dianugerahkan Datuk Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah 

2012 - Menerima Anugerah Ijazah Kehormat Falsafah (Kerja Sosial) sempena Konvo Ke-14 Universiti Malaysia Sabah.   

SSMH Teams

Sample image

Tham Keng Seng

Administrator

 
Sample image

Fauziah bt Abdullah

Head teacher

image02

Dharshini Manogaran

Teacher and Physiotherapist

Sample image

Mary Airnath

Teacher

Sample image

Afiqah Iliyas

Teacher and Physiotherapist

Sample image

Nur Sazwani

Teacher and Physiotherapist

Sample image

Patricia

Teacher

Sample image

Sumithira Murugan

Housekeeper